Unit Trust atau juga dikenali sebagai Saham Amanah merupakan salah satu cara untuk menyimpan/melabur wang... Kali ini saya akan membincangkan kelebihan dalam Pelaburan Unit Trust...
1. KEPELBAGAIAN : Pelaburan Unit Trust memberi peluang kepada para pelabur/pendeposit untuk melabur dalam pelbagai industri. Antara industri yang sesuai untuk disertai adalah dalam industri minyak & gas, telekomunikasi dll. Selain itu juga, pelabur berpeluang untuk melabur dalam ekuiti (saham) atau bond (pinjaman), dan pada kebiasaannya pelaburan dalam ekuiti (saham) memberi pulangan yang lebih besar berbanding bond (pinjaman).
2. KECAIRAN : Pelaburan Unit Trust memberi kelebihan dalam kecairan kerana pelaburan boleh dijual semula (repurchase) pada bila-bila masa. Ini kerana, Institusi Pengurus Dana (IPD) akan bertindak sebagai pembeli sedia ada (ready buyer) yang akan membeli semula saham daripada pelabur.
3. "AFFORDABILITY" = Pelaburan Unit Trust memberikan peluang kepada para pelabur untuk memulakan pelaburan dengan modal permulaan (minima) sebanyak RM1,000.00 dan penambahan (topup) RM100.00 . Dengan modal yang sedikit ini dapat memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam pelbagai industri yang mampu memberi pulangan yang tinggi seperti di item 1.
4. KEPAKARAN & PENGALAMAN = Pelaburan Unit Trust mempunyai kelebihan kerana portfolio wang pelaburan para pelabur akan dikawalselia oleh Pengurus Dana yang berpengalaman dalam memilih kaunter saham yang berpotensi memberikan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
5. "EASY ACCESS" = Pelaburan Unit Trust menjadi semakin mudah kerana terdapat banyak cawangan-cawangan IPD yang dibuka di seluruh Malaysia untuk memudahkan urusan pelabur. Tambahan pula dengan teknologi maklumat yang semakin berkembang, para pelabur boleh menyemak status pelaburan mereka secara "atas talian" (online) melalui medium yang disediakan oleh IPD.
6. SELAMAT = Walaupun wang Pelaburan Unit Trust ini diuruskan oleh Institusi Pengurus Dana, wang pelaburan dalah dikawal selia oleh pemegang amanah. Jika IPD diisytihar "bankrap", wang pelaburan masih selamat.
7. PULANGAN YANG TINGGI = Prestasi Pelaburan Unit Trust dapat memberi pulangan yang sangat tinggi berbanding simpanan di akaun deposit bank, simpanan tetap dll.
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:
Ikhwan Nizam bin Abdul Rahim
Tel : 0162629696 / 0197140817
Email : ikhwannizam.ar@gmail.com